Codedwap

Reman isteri CEO Cradle Fund dilanjutkan 3 hari

by: KiniTV     Published on: 10 September 2018

Views: 9,787

26    5   

Description :

Polis hari ini melanjutkan tahanan reman terhadap isteri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan bagi membantu siasatan kes bunuh suaminya. Penasihat guamannya, Hisyam Teh Poh Teik dan LS Leonard memberitahu pemberita bahawa Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah membenarkan reman dilanjutkan tiga hari.Jelas mereka, Majistret Nurulhuda Zakariya membenarkan pelanjutan reman itu selepas mendengar hujah polis dan peguam perempuan berusia 43 tahun itu.Leonard berkata polis telah memohon lanjutan tujuh hari terhadapnya tetapi dibantah pihak peguam.